Khamis, 28 Jun 2012

Segalanya Bermula d'Hati..

"Sesungguhnya hidupku dan matiku hanyalah untukmu Tuhanku..."


Aku hanyalah seorang remaja yang masih jauh perjalanan hidupnya..bila seseorang bertanya tentang usiaku pasti meraka akan katakan bahawa perjalanan hidupku masih terlalu panjang..namun,tidak mustahil bagiku jika Dia ingin mengambil nyawaku di usia sebegini..Terkenang sejenak saat pertama kali pintu hatiku di ketuk agar aku berubah....
Bukannya sebelum ini aku tidak pernah berubah..namun CINTA yang sering membuatkan aku lupa siapa aku di sisi-Nya..aku terleka dengan cinta manusia yang seringkali memberikan aku kekecewaan dan kegagalan..Aku teringat tentang satu pesanan yang ku terima dari seorang teman yang ku kira sangat prihatin dengan keadaan temannya...

"Berhati-hatilah dengan cinta yang MEMBINASAKAN..Rasulullah S.A.W bersabda: kecintaan kamu terhadap sesuatu menjadikan kamu BUTA dan PEKAK" (Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Di saat orang lain bertungkus lumus mendapatkan cinta Ilahi, aku pula sibuk dan leka dengan cinta duniawi..Namun ketika sudah berkali-kali aku jatuh dan bangun dalam mengejar cinta palsu, akhirnya aku bertekad..bertekad untuk berubah dan melakukan perubahan hidup..!
Mungkin saja aku lupa bahawa Allah masih menyayangiku...aku bersyukur kerana Allah masih ingin menyedarkanku untuk kali ke-3 bahawa aku telah jauh meninggalkan-Nya...perkenalanku dengan seorang saudara baru Islam membuatkan aku sedar bahawa cinta kepada ALLAH S.W.T dan RASULULLAH S.A.W. adalah cinta yang hakiki dan kekal abadi...perkenalan sesingkat itu membawa aku ke "TERATAK FITRAH".....

Teratak Fitrah merupakan tempat dimana orang mualaf belajar tentang perkara asas dalam ISLAM seperti solat, iq'ra dan membaca Al-Quran...namun sekali lagi aku bersyukur kerana masih punya tempat bagiku sebagai Islam asal untuk menumpang kasih dan belajar lebih dari apa yang aku ketahui sebagai seorang Islam sebelum ini..Tidak dinafikan di sekolah aku juga diajar bagaimana harus solat,mempelajari iq'ra dan seterusnya membaca Al-Quran...tapi apakah aku beriman dengan Al-Quran??adakah aku tahu membaca Al-Quran?? Itu menjadi persoalannya...dan setibanya aku di teratak fitrah kehidupanku sedikit sebanyak telah berubah...
1. SOLAT.

Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa sewaktu Rasullullah S.A.W. memperkatakan tentang solat baginda bersabda: 
"Pada hari hisab solat akan menjadi nur kepada orang yang mengejarkannya; menjadi penghujah bagi pihaknya dan menjadi penyelamatnya. Walhal,tidaklah ada nur, pembela dan penyelamat.

Solat merupakan tiang agama..itulah yang selalu kita dengar daripada kata-kata seorang ustaz dan ustazah..Solat juga merupakan perkara penting dan asas dalam agama Islam..dan apa yang aku dapati di teratak fitrah solat adalah perkara pertama yang harus aku pelajari sebelum masuk ke peringkat seterusnya..sejujurnya aku ingin terus berada di tahap AL-QURAN,kerana itulah tujuan utamaku menjejakkan kaki ke tempat itu...tapi disebabkan itu ialah salah satu peraturan di tempat tersebut lalu aku bersetuju sahaja kerana bagiku apalah salahnya aku bermula dari bawah..lagipun telah lama aku meninggalkan perintah agamaku yang sememangnya WAJIB untuk aku kerjakan..Ya,begitulah aku berdialog dalam hati tanpa ada timbul perasaan malu sedikitpun..
Namun,ada satu sesi yang harus aku alami sebelum aku memulakan pembelajaranku disana.Sesi suai kenal bersama Pengerusi Teratak Fitrah...Bukan aku saja yang mengalaminya tapi juga kepada saudara baru seIslam yang lain.Apa yang peliknya kerana aku seorang sahaja yang Islam asal dan disinilah timbulnya perasaan malu dan janggalku..

Pengerusi bertanya pada kami,apakah kami tahu membaca Al-Fatihah?Sebagai Islam asal pastinya aku yang ditanya terlebih dahulu.aku menjawab "ya.." Akhirnya aku disuruh membacanya dan dengan penuh keyakinan aku membaca.Tetapi aku terdiam saat tuan pengerusi tadi menyoal kami ayat ke berapakah yang membawa maksud "hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan".aku sekali lagi disoal,ternyata sebagai Islam asal aku gagal menjawab soalan yang sebenarnya sangat mudah jika kufahami. Pada saat itulah aku ingin menangis..beginikah aku sebagai umat Nabi Muhammad??Aku ialah seorang Islam sejak aku dilahirkan dan seharusnya aku bersyukur dengan nikmat yang aku perolehi..namun saat ini beginikah caraku mensyukuri nikmat ISLAM dengan tidak mengetahui perkara yang begitu mudah?..Kalau begitu aku sama sahaja dengan seorang yang baru di Islamkan..

Perubahanku bermula disitu..Aku menjadi lebih serius untuk mempelajarinya lebih mendalam.Kami di ajar berwudhuk,kemudian solat..Tentang solat sekali lagi aku ambil mudah,bagiku semua tertib ketika solat sudahpun kuketahui,namun aku silap..masih terlalu banyak yang belum aku pelajari..Aku bersyukur kerana Allah telah membawa aku ke jalan ini..Jalan yang diredhai oleh-Nya..Alhamdulillah..kerana saat ini aku mengikut tertib yang betul ketika solat,manakala bacaan dalam solat juga sedikit sebanyak telahpun ku perbetulkan..sekali lagi aku bersyukur..SYUKRAN YA RABB...:'(

2. AURAT 

 Allah Ta’ala menyebut :
 يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Maksudnya : Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Ahzab : 59)


Jilbab yang juga bermaksud kain tudung..Aku juga bertudung..Aku mulai bertudung sejak aku berumur 13 Tahun lagi..tapi adakah aku bertudung labuh?itu menjadi persoalannya kerana aku tidak bertudung labuh..Aku hanya memakai tudung sekadar untuk menutupi rambutku..Aku juga memakai tudung mengikut "trend" terkini..seperti yang kita lihat sekarang,terlalu banyak "fashion" tudung dan selendang yang dijual dengan harga yang murah dan tidak kurang juga yang melebihi harga yang sepatutnya..Apa yang ingin aku kongsikan bukanlah harga tudung atau selendang masa kini..tetapi nilai tudung itu sendiri..

Di Teratak Fitrah kami digalakkan memakai tudung yang agak labuh sehingga menutupi dada.Apa yang aku dapati ini bersangkut paut dengan aurat..Aku suka melihat seseorang yang memakai tudung labuh,bagiku perempuan yang memakai tudung labuh akan mengurangkan lagi kes-kes jenayah rogol..Mana tidaknya kadang-kadang kita berfikir bahawa cara kita memakai tudung sudah cukup cantik  dan manis,tapi apakah kita mengira bahawa cara kita memakai tudung itu sendiri sudah menutup aurat?
Aku mula berfikir dan terus berfikir adakah caraku berpakaian ini menutup aurat?Sudah semestinya jawapannya tidak..Selepas apa yang ustazah terangkan kepada kami bagaimana harus berpakaian terutamanya bertudung..Aku sekali lagi tersedar...Syukur Alhamdulillah..walaupun tidak memakai tudung labuh,namun kini aku mengubah cara pemakaianku mengikut apa yang dikatakan oleh ustazah..Dalam hati aku juga berdoa,agar Allah S.W.T. akan tetap terus memberikan aku hidayah petunjuk-Nya agar aku sentiasa berada di jalan yang lurus...Aminn...:')

3. USAHA & TAWAKKAL


Aku hanyalah insan biasa yang penuh dengan dosa dan kesilapan..Aku juga masih diperingkat yang awal untuk berubah dan bertaubat..Sekiranya ada kesalahan yang kulakukan saat mengutarakan soal solat dan aurat ini mohon diampunkan dan difahamkan..Setakat ini aku telah mengubah sedikit sebanyak tentang kehidupanku..Usaha itu harus ada sekiranya kita benar-benar ingin berubah..Jangan mudah berputus asa, kerana Allah sentiasa di sisi kita..Apa yang ingin aku kongsikan sebelum ku akhiri coretan ini ialah setiap hamba Allah yang ingin berubah itu pasti diberi ujian..dan saat kita diberi ujian,bersabarlah dengan dugaan-Nya kerana pasti ada hikmah disebaliknya..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan